Friday, July 2, 2010

Baris...Baris Sedia....


Itulah ayat-ayat yang akan dihemburkan kepada rakan -rakan seperjuanganku yang lain setiap pagi terutama pada waktu pagi sebelum kami kami memulakan sesi kelas dan praktikal kerana aku dipaksa dan terpaksa mengambil jawatan "squad leader" sepanjang bulan ini.

Setiap pegerakan dan perwatakanku amat-amat terbatas disebabkan terpaksa mengepalai Roll Call setiap hari pada waktu pgi,petang dan malam.Hendak pergi menonton perlawanan bolasepak diantara Brazil dan Belanda di luar pun tebantut.

Jadi saya terpaksalah menempuh segala onak dan ranjau duri yang berbisa dalam tempoh sebulan ini sebelum menempuh sisa-sisa hidup yang mendatang.

Monday, June 28, 2010

Ulangkaji & Baca Buku...

Kenapa?
Mengapa?
Bagaimana?
Siapa?
Dimana?
Mengapa?

Pada pandangan saya persoalan di atas haruslah senantisa berlaga-laga diantara satu dengan yang supaya kita memperolehi kronologi pemahaman yang berkesan.

Ceraian maklumat dan isi juga harus distrukturkan secara konsesi,mudah dan padat supaya mudah untuk diilustrasikan di dalam bayangan sudut pemikiran kita.
Minda kita juga dapat dijana dan dipratikkan untuk berfikir seoptimum yang mungkin..

Sunday, June 27, 2010

Seperti Yang Dijangkakan...


Pasukan Bola sepak Jerman telah pun menyempurnakan misi mereka untuk memusnahkan harapan pasukan England untuk maju ke peringkat seterusnya dalam memburu dan menjulang piala dunia.

Kredit untuk M. Klose,L. Podolski dan T. Muller kerana telah membenam England 4-1.Sesungguhnya corak permainan Jerman adalah sangat pantas dan dek kerana pemain sayap kiri Jerman Mesut Ozil yang berlari sepantas kilat dan bijak membuka peluang untuk penyerang Jerman meranapkan gawang David James.

England=Australia....

Trimas...

Saturday, June 26, 2010

Selepas Tiga Tahun Berlalu...


Tanggal 16.6.2007 saya telah mendaftarkan diri sebagai pelatih di Pusat Latihan Kejuruterean Penyelerenggaan Pesawat(METC) yangb terletak di Subang.Banyak peristiwa manis,pahit dan maung telah saya lalui bersama teman-teman.Segala tanggungan beban yang sarat dipikul dengan penuh kesabaran dan ketelusan hingga terpaksa berhempas-pulas memerah keringat membanting tulang-temulang yang hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi.

Nampaknya hidup kami semua akan berubah pada hujung bulan 7 nanti kerana kami akan mula hidup berdikari dengan segala keperluan dan kemudahan hidup akan ditanggung sendiri sepenuhnya oleh kami berbekalkan elaun sara hidup sebanyak 6 ratus lebih yang diberikan oleh MAS.Tidak sabar rasanya untuk berpindah keluar dari kepompong METC yang mencengkam dunia nurani dan jasmani kami semua.

Sebenarnya bukanlah niat dihati untuk menulis sedemikian rupa,tetepi hal ini mungkin kerana darah muda kami senantiasa menginginkan sesuatu yang kurang memberi tekanan.

Walaubagaimanapun,jutaan dan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur(METC) dan FELDA kerana member peluangan ini kepada saya rakan-rakan seperjuangan saya yang lain dalam usaha untuk mencapai cita dan matlamat dalam kerjaya dan bidang ini.

Terima Kasih

Wednesday, June 23, 2010

England,Jerman akan berentap pada pusingan kedua dalam saingan kalah meninggal.Pasti England akan menghadapi liku-liku perlawanan yang agak sukar dan mungkin akan mengalami kekalahan yang tidak boleh disangkal lagi jika anak-anak didik Fabio Capello masih lagi menerus rentak dan corak permainan yang....

Jadi masih lagi Hasan,menampan bola kepada James...

Wayne Rooney harus bangkit zon selesa untuk menambah koleksi jaringan gol pada saingan piala dunia tahun ini.

Saya mengharapkan perlawanan diantara dua negara ini memberi impak gol yang banyak dan menarik.

Hati kecil saya berkata Jerman akan titik England...

Monday, June 21, 2010

Sekapur Sirih Sejunjung Kasih

Hari ini dalam sejarah kerana saya dan seorang sahabat saya telah pun menyempurnakan sebuah blog untuk diri saya.Dengan ini saya ingin mengekpresikan Selamat Hari Kelahiran untuk blog saya.
Sebenarnya idea ini telah lama berlegar-legar didalam peti minda saya serta selalu didorong oleh kawan saya untuk membina satu blog.
Disebabkan rasa bosan dan tepu kerana berada di dalam sebuah bilik simulasi tanpa kawalan oleh kamera litar tertutup dan lain-lain.Semoga kalian dapat menulis dan mencoret hasil-hasil karya yang menarik

Sekian...