Saturday, June 26, 2010

Selepas Tiga Tahun Berlalu...


Tanggal 16.6.2007 saya telah mendaftarkan diri sebagai pelatih di Pusat Latihan Kejuruterean Penyelerenggaan Pesawat(METC) yangb terletak di Subang.Banyak peristiwa manis,pahit dan maung telah saya lalui bersama teman-teman.Segala tanggungan beban yang sarat dipikul dengan penuh kesabaran dan ketelusan hingga terpaksa berhempas-pulas memerah keringat membanting tulang-temulang yang hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi.

Nampaknya hidup kami semua akan berubah pada hujung bulan 7 nanti kerana kami akan mula hidup berdikari dengan segala keperluan dan kemudahan hidup akan ditanggung sendiri sepenuhnya oleh kami berbekalkan elaun sara hidup sebanyak 6 ratus lebih yang diberikan oleh MAS.Tidak sabar rasanya untuk berpindah keluar dari kepompong METC yang mencengkam dunia nurani dan jasmani kami semua.

Sebenarnya bukanlah niat dihati untuk menulis sedemikian rupa,tetepi hal ini mungkin kerana darah muda kami senantiasa menginginkan sesuatu yang kurang memberi tekanan.

Walaubagaimanapun,jutaan dan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur(METC) dan FELDA kerana member peluangan ini kepada saya rakan-rakan seperjuangan saya yang lain dalam usaha untuk mencapai cita dan matlamat dalam kerjaya dan bidang ini.

Terima Kasih

5 comments:

  1. yeay! lepas ni no more rokol, no more kelas sepanjang hari, no more kelas hari sabtu...hehehe

    selamat berdikari ;))

    ReplyDelete
  2. duk umah bujang pon kene truskan tradisi rokol....
    hahaha

    ReplyDelete